Saturday, September 4, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Seperti kebiasaan memang dabuklah yg menemani arwah Nek enjah dan arwah maklong banun setiap malam setelah arwah tok mat sab meninggal dunia.

Tapi pada malam itu sekitar 1979, agak berbeza kerana arwah dak kadir, dak bakar dan lobai turut bersama untuk tidur di rumah arwah tok mat sab.

Seperti biasa dabuk tidur di atas katil arwah datuk manakala tiga sahabatnya tidur beralaskan tikar di bawah.

Namun sebaliknya berlaku apabila lampu dipadamkan dan hanya pelita sahaja yg menyinari. Dak Bakar mula keluh-kesah tak boleh tidur dah akhirnya meminta izin pulang ke rumah.

Pada esoknya barulah bakar bagi tahu yg dia tak boleh tidur sebab takut.. Teruklah bakar ditertawakan oleh anak2 kg krubong lain. Mana taknya asal ada kematian je terus nak takut.. Wallahualam.

Tuesday, August 31, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Petang itu Dabuk mengikut abgnya Acip dan abg Budin ke sungai Kerubong untuk menjala Udang galah. Sampai saja mereka di tebing sg krubong mereka pun menolak perahu fiberglass beserta injin sangkut yamaha milik abg budin.

Sampai ke lubuk Si Dolah yg surut krn kemarau, mereka pun menyerak jala. Tak lama kemudian mereka terserempak dgn Si Azmi dari Tampoi. Dabuk begitu gembira berjumpa Azmi yg juga bergelar dabuk di kampungnya. Dak din tergelak sambil berkata HaHa Dabuk jumpa dabuk..

Hari itu Acip agak boring sebab jalanya rabak tersangkut kayu. Katanya mmg kepantangannya kalau menjala dgn jala koyak.. Jala nylon dabuk lagi rabak.. Nylonnya relai sendiri kerana terlalu lama bila dicengkam kuat..Wallahulam.

Friday, August 13, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Echin adalah sahabat baik dabuk di tempat kerja. Setiap minggu dia berulang-alik dari KL ke kelantan untuk menjaga ayahnya yg sakit. Kagumkan hati budinya ramailah mak cik2 di kg siam tumpat bertanyanya rahsia medidik anak setaat Echin.Tak kurang juga yg offer nak gadisnya utk menjadi isteri echin.

Dan hati budi itulah yang mendorong dabuk memujuk echin untuk masuk islam dan berjanji mencarikan seorang isteri melayu untuk beliau. Dan setiap kali jua ditolak dgn baik oleh echin yg begitu fokus dgn kesihatan ayahnya.

Petang semalam sekali lagi dabuk menceritakan pengalaman spiritual utk mangajak beliau. Dabuk berceritakan tentang seorang lelaki tua berbangsa arab yg berjumaat bersamanya. Lelaki itu menangis tersedu-sedu bila imam membacakan perihal hari kiamat dari surah Al Qariah membuatkan dabuk benar2 insaf seketika. Selepas solat dabuk cuba mengejar org tua itu untuk bertanyakan sesuatu tetapi gagal menemuinya.

Mendengarkan itu Echin pun mencapai kalkulator dan mengira. katanya kalau umur dah 50tahun, boleh tahan ker 1820 kali dia menangis tiap2 jumaaat? Echin cuba merungkai spiritual secara mathematical. Dabuk hanya tersenyum..

Jauh di sudut dia pasrah bahawa sanya memang taufik dan hidayah itu milik mutlak tuhan sang maha berkuasa. Wallahu la yahdil qaumal kafirin.. Wallahualam

Thursday, June 3, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Pada cuti semester fall tahun 1990, Dabuk mengikuti suhaimi, hassan dan anwar bob, tiga orang kharkhun besar Iowa state untuk berdakwah di selatan bumi amerika syarikat.

Perjalanan ke Arlington Texas adalah jauh dan merentasi negeri missouri, Kansas Oklahoma dan texas. Kawasan R&R sana manalah ada tempat solat.. Jadi bersolatlah sahabat di tengah2 kedinginan musim sejuk. Tambah pulak lepas wuduk..Barulah dabuk tahu mengapa Suhaimi janggut sentiasa memakai stokin kulitnya ataupunn khuf.

Di Arlington muktamar tabligh adalah besar.. Terdapat begitu banyak khemah2 dan disediakan juga heater memandangkan musim sejuk..

Selepas beberapa hari di arlington, Dabuk dan Suhaimi pun memandu pulang ke Denton Texas berjumpa adik suhaimi yg belajar di uni of north texas. Bob pula mengembara ke seluruh Alabama dan Alhamdulillah berjaya mengislamkan 3 orang African american di sana.

Mengajak org ke arah islam adalah ketentuanNYA jua. Mana taknya, pernah di uni of south alabama, mobile, bila ditanya, mahukah awak masuk islam, dgn mudahnya saudara baru tu kata, ok dan mengikut dua kalimah shahadah yg di ajarkan.

Begitulah Allah memberikan taufik dan hidayatnya yg semata-mata atas iradatnya jua.. Wallahualam.

Saturday, May 29, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Bekalan air kampung krubong hanya bermula sekitar tahun 1983. Jadi, sebelum itu semua penduduk mendapatkan bekalan dari perigi berdekatan. Demikian juga dengan masjid kg krubong. kalau masjid lama yg letaknya di pinggir sawah, kedua-dua periginya sangat cetek , masjid baru mempunyai perigi yang sangat dalam kerana letaknya di kawasan yang tinggi.

Maka pada setiap petang khamis, tuan bilal mat nor, tuan noja wahab akan bekerja keras untuk memenuhkan air kolah masjid bagi keperluan jemaah berwuduk solat jumaat pada keesokan harinya. Selain dari kedua pegawai syarak itu, terdapat seorang lagi insan yang sering mengepam air kolah secara diam2 iaitu abang Ani nyah piah.

Kolah masjid bersaiz sederhana, tetapi mengepam air dari perigi sedalam 4 atau 5 pembetung memanglah rumit. Kadang2 tak sampai 2 atau tiga hari air kolah itu di pam, terdapat buih sarang telur berudu di penjuru kolah. Anak2 kecil kg krubong begitu geli-geleman bila melihat tuan bilal mencekup dengan tangan untuk memindahkan telur2 itu ke dalam parit..

Demikianlah khidmat2 yg pernah diberikan oleh mereka2 yg cintakan masjid krubong dan semuanya adalah kerana izinNYA yg menjemput mereka manjadi tetamuNYA di Masjid Krubong. Wallahualam.

Sunday, May 23, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Penduduk kg krubong mmg perihatin dgn pasukan bolasepak krubong. Di hari2 ada perlawanan bolasepak kawasan tanjung, mereka akan menyuruh anak2 untuk menjemput pemain yg tinggal jauh spt tanah merah atau lanjut manis balik makan tengah hari di rumah mereka untuk bersiap ke perlawanan bola.

Jadi tidak sukarlah bagi pemain2 spt adnan ustaz amat, basiran nasir atau subramaniam dari kaman dua untuk bersiap mewakili sk krubong..

Penduduk2 pulak biasanya akan pergi menyokong ke mana saja pasukan mereka bertarung samada ke lereh mahu pun ke bukit rambai.

Jadi tak hairanlah kalau kadang2 bila pasukan mereka menang ada yg bermurah hati untuk belanja ketuk teh di kedai kopi krubung.. wallahualam.

Friday, May 21, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Seperti biasa apabila dabuk balik ke krubong pd tahun lalu, dabuk akan mengupah latip, jirannya untuk menebas atau memesen rumput di kebun belakang rumah emaknya.

Pagi itu ketika membersihkan parit belakang rumahnya untuk dijadikan tempat memancing, latip pun menceritakan tentang kebun getah arwah ayahnya di bukit minyak..Katanya beberapa tahun yang lalu ada sebuah syarikat yg menanam pokok betik dan berjanji akan menanam semula kebun getah beberapa pekebun kecil di situ.. tetapi akhirnya mereka ghaib dan kini kebun getah yg pernah menjadi sumber rezeki ibunya telah bertukar menjadi hutan belukar..

Jadi bagi penduduk kampung, tentulah sukar untuk menanam semula getah memandangkan kosnya tentulah agak tinggi..

Demikianlah dugaan berat yg dihadapi oleh pekebun2 kecil bukit minyak kerubong yg semuanya itu tentulah ketentuan dariNYA juga.. wassalam..