Saturday, May 29, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Bekalan air kampung krubong hanya bermula sekitar tahun 1983. Jadi, sebelum itu semua penduduk mendapatkan bekalan dari perigi berdekatan. Demikian juga dengan masjid kg krubong. kalau masjid lama yg letaknya di pinggir sawah, kedua-dua periginya sangat cetek , masjid baru mempunyai perigi yang sangat dalam kerana letaknya di kawasan yang tinggi.

Maka pada setiap petang khamis, tuan bilal mat nor, tuan noja wahab akan bekerja keras untuk memenuhkan air kolah masjid bagi keperluan jemaah berwuduk solat jumaat pada keesokan harinya. Selain dari kedua pegawai syarak itu, terdapat seorang lagi insan yang sering mengepam air kolah secara diam2 iaitu abang Ani nyah piah.

Kolah masjid bersaiz sederhana, tetapi mengepam air dari perigi sedalam 4 atau 5 pembetung memanglah rumit. Kadang2 tak sampai 2 atau tiga hari air kolah itu di pam, terdapat buih sarang telur berudu di penjuru kolah. Anak2 kecil kg krubong begitu geli-geleman bila melihat tuan bilal mencekup dengan tangan untuk memindahkan telur2 itu ke dalam parit..

Demikianlah khidmat2 yg pernah diberikan oleh mereka2 yg cintakan masjid krubong dan semuanya adalah kerana izinNYA yg menjemput mereka manjadi tetamuNYA di Masjid Krubong. Wallahualam.

No comments: