Saturday, May 16, 2009

untold story of kampung krubong

Di majlis tahlil di mana kehadirannya agak kurang, kadang2 kanak2 juga akan menjamu selera sedulang bersama org2 kanan masjid kerubong spt tuan imam, Tok Ipin, dan Cikgu daud.

Jadi perkara ini sekali lagi berlaku di sekitar tahun 1981. Melihatkan kegelojohan anak2 ini terus menyenduk ambil gulai tengah, Allahyarham Cikgu Daud pun memberi sedikit tunjuk ajarnya. " Kita makan ni macam lah kayu perahu, tepi dulu baruy ke tengah", kata beliau menyuruh anak muridnya mengambil lauk yg tepi dulang dahulu.

Murid yg loyar buruk pun mengusik gurunya. "Sekarang cikgu dah ada motorbot, boleh terus ke tengah". Peristiwa itu di saksikan oleh Haji Arifin sambil ketawa kecil.

Kata Tok Ipin, dgn budak skrg, cakap kena terus terang. Beliau menceritakan bagaimana, isterinya berkias menyuruh anak jirannya supaya "menghabiskan" semua buah belimbing padahal sebenarnya beliau menyuruh berhenti tidak dapat difahami oleh kanak2 itu.

Wallahualam.

Wednesday, May 13, 2009

untold story of kampung krubong

Allahyarham Lebai Said Bin Lebai Ibrahim memang mempunyai murid yg ramai. Beliau sangat berjasa di Kg Krubong bukan sahaja sebagai guru Al Quran, malah berbagai Kitab dari tauhid, tajwid, feqah dan kitab barzanji sentiasa disyarahnya.

Pada satu petang tahun 1981, beliau didatangi murid lamanya dari Kampung Bacang. Haji Narom begitu mesra dgn gurunya. Dan sebagaimana lazimnya, beliau begitu takzim pada gurunya yg tidak lalai dari kebiasaannya memberi nasihat agama.

Anak kecil kampung krubong, terpinga-pinga sambil mengendung kitab Sheikh barzanji milik ayahnya yg sudah pun koyak rabak; kerana menunggukan peluang untuk bersama guru bagi menimba sedikit ilmu samawiyah dari Sang Maha Perkasa.

Haji Narom menginfakan sedikit wang kepada gurunya sebelum pergi. Petang itu,pada anak kecil, Lebai Said tidak putus2 melahirkan kebanggaannya pada muridnya yang masih tidak lupa pada beliau. Dan sememangnya itulah tuntutan agama, yg murid mesti beradab pada gurunya.

Wallahualam.

Saturday, May 2, 2009

untold story of kampung krubong

Banjir di Kg Krubong disambut dgn dua rasa yg berbeza setidak-tidaknya. Bagi golongan ibubapa, hujan yg turun tidak henti2 bermakna cabaran besar krn mereka tidak dpt turun menoreh getah.

Bagi kanak2 pula, inilah masanya untuk menagkap ikan dgn menggunakan tajur. Begitulah halnya juga dgn abg ani dan mahat. Mereka pun mengambil batang palas untuk dibuat btg tajur. Daunnya di potong pendek. Dan dari jauh memang susah nak bezakan dari seganit. Jadi biasanya tajur palas lebih sukar dikesan berbanding tajur buluh.

Tetapi malang tak berbau, cacing yang di cangkul memang banyak. Mahat pun mengutipnya satu persatu untuk di jadikan umpan. Ketika Mahat menghulurkan jarinya, mata cangkul yang dihayun oleh Ani, terbenam kejari mahat.

Nyah piah, terkejut besar dan membawa Mahat ke Klinik. Begitulah ceritanya bagaimana jari mahat ditakdirkan menjadi kudung sedikit. Wallahualam.

Friday, April 10, 2009

untold story at kg krubong

Pada satu hari tuan imam di datangi seorang anak muda yg pulang bercuti dari ibukota. Dari jubah dan busananya, dapatlah disimpulkan akan kecenderungannya yang tinggi pada aspek agama.

Sang muda begitu bersungguh-sungguh melontarkan cadangannya pada tuan imam masjid krubong untuk berdakwah di kampung. Dalam kesungguhannya mungkin sedikit sebanyak telah memperkecilkan usaha2 yg selama ini dilakukan oleh imam tua itu.

Setelah selesai berjemaah isyak, anak kecil kg krubong, seperti lazimnya akan berjalan pulang ke rumah bersama tuan imam. Tuan imam pun menasihatkan anak2 itu yang sekian lama menjadi jemaahnya untuk menerima apa jua sebagai ujian dari tuhan dan sebagai takdir yang terbaik dari tuhannya. Pada suruh tuhan, kita junjung , pada tegahnya kita kepong..

Wednesday, April 1, 2009

untold story of kg krubong

Hampir setiap tahun, pertandingan payung terjun ASEAN di adakan di Lpgn Kapal terbang Batu Berendam. Oleh kerana Pesawat Caribou dan payung2 terjun dapat dilihat dari langit Kg Krubong, pada tahun 1980, beberapa kanak2 pun berpakat untuk berjalan kakai ke B berendam yg terletak beberapa batu dari situ.

Perjalanan itu melalui bekas jalan keretapi lama kg batu lapan. Akhirnya selepas lebih sejam berjalan mereka pun sampai ke B Berendam.

Ciri2 keselamatan adalah agak longgar. Penonton bebas berjalan di atas padang Kapal terbang. Anak2 Pak Mat 2 beradik di marahi oleh komando Malaysia krn berbuat begitu. Beliau berkata" Pergi jauhlah, masa landing laju tau. nanti langgar".

Spt tahun2 lalu, pasukan Berunai yg ratanya komando mat salleh berjaya membuat corak cantik sebelum mengembang payung. Kemudian membentuk tandem beramai-ramai berjaya menjadi juara.

Masa pergi mmglah best. Masa nak balik sungguh meletihkan. Tetapi Allah tidak lalai dari sifatnya melimpahkan kurnia. Ketika terkial-kial kanak2 itu berjalan di tepi jalanraya, tiba2 Van sekolah arwah Pak Long Hashim kamran berhenti. Beliau menjemput kanak2 sekampungnya menumpang.

Semua kanak2 kecil tertidur di dalam van selepas mengharung perjalanan kaki yg sungguh mendera hari itu. Wallahualam.

Saturday, March 28, 2009

untold story of kampung krubong

Salah satu cerita pelik yg pernah diceritakan oleh org lama kg Kerubong ialah mengenai chempiang. Chempiang ialah kumpulan kongsi gelap China yg selalu menyamun kereta lembu yang menjadi kenderaan orang kampung untuk ke tempat-tempat jauh di sekitar tahun 30an.

Satu hari kumpulan kereta lembu kerubong telah diserang chempiang di sekitar air salak. Mereka yang dalam perjalanan ke Tg Keling menjadi agak kelam kabut.

Menurut nenek enjah, Tok Dolah dan Tok Tan Jirannya yg berketurunan jawa pun mengeluarkan seorang seekor belalang kunyit dari bakul2nya dan meletakkan ke tanah. Dengan tidak semene-mena, muncul dua ekor harimau yang sangat besar. Katanya tengkuknya berkelasa dan sangat besar. Chempiang terkejut besar. Mereka menjerit Haiya !dan lari lintang pukang.

Cerita ini mmg pelik buat saya. Namun begitu ia tidak menghalang saya untuk melihat sekeping kulit harimau kering dari cucu Tok Dolah yang menjadi peninggalan datuknya dan Harimaunya yg bernama " Lompat Pagar" itu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka. Wallahu Alam.

Friday, March 13, 2009

Untold story of kampung krubong

Di Masjid Kampung Kerubong terdapat sebuah tabuh yang sudah berusia mungkin melebihi seratus tahun.

Kebiasaannya, pada masa dulu, tabuh akan di pukul untuk beberapa tujuan; antaranya menandakan majlis agama, sembahyang jumaat atau pun kematian. Bagi kematian pula nada paluannya agak panjang , berulang dan berterusan; berbeza dari nada paluan lainnya. Bendera berwarna hitam akan di pasang pada tiang bendera masjid.

Pada hari jumaat, Noja Wahab akan menyapu sampah di dalam dan luar perkarangan masjid, kemudian memalu tabuh dan mengibarkan bendera hijau berseni khat kalimah suci 2 kalimah shahadat.

Kini setelah bilal Md Nor dan Noja Wahab meninggal dunia, tiada lagi yang dapat memalu tabuh kerana nada paluannya telah pun dilupakan.