Thursday, September 5, 2013
Untold story of Kg Krubong
Sudah sekian kali, Dak acip menegur malah memarahi kanak2 taman Kerubong supaya jangan bermain air di sungai krubong kerana di kawasan itu memang dalam. Namun teguran itu umpama mencurah air di daun Keladi sehinggalah:
"21 Julai 2013
MELAKA - Empat rakan ditemui mati lemas ketika mencari lala di Sungai Melaka di Taman Seri Krubong, Krubong di sini hari ini."
Kata beliau" bukan baru ni bebudak ni main air di situ . dah lama dan banyak kali ditegur. Bila ditegur, mereka pergi, kemudian datang lagi." Namun semuanya ini sudah ketentuan Allah jua. Wallahualam
Friday, August 30, 2013
Untold Story at Kg Krubong
Tak semua orang mengenali arwah abang Alias pengusaha kedai makan pekan Alor gajah. Beliau memang mempunyai buah fikiran dan pengalaman hidup menarik yang ingin saya kongsikan. Lama benar beliau terlalu ingin mengkaji apakah itu rezeki yang sebenarnya?. Dari seorang sahabat yang arif kepada seorang sahabat yang arif, beliau cuba bertanya akan soalan yang sama sehinggalah akhirnya, seorang sahabatnya pun mangusulkan, . "Beginilah, tinggaakan semua wang dan dompet di sini, ambil kad pengenalan ini, pergilah kempbali ke pekan untuk mencari rezeki sehingga kamu mendapatnya. Insha Allah, kamu akan diberikan kefahaman oleh Allah".
Dari sebuah meja ke sebuah meja beliau memohon sedikit bantuan, namun tidak dihiraukan sehinggalah beliau telah berputus harap. Sambil duduk bersendirian, maka terputuslah harapan beliau, dan berbisik di dalam hati, "Ya tuhan, aku hanya bertawakkal kepadamu, kalau ada rezekiku pada hari ini, kau berikanlah."
Sejurus itu seorang hamba Allah yang tidak dikenali menghulurkan sepinggan makanan dan berlalu pergi. Dari riadhah rohani itu akhirnya beliau mendapat pelajaran yang rezeki itu diputuskan mutlak oleh Allah SWT. Wallahualam.
Sunday, March 31, 2013
Untold story of Kg kerubong
Malam semalam, dabuk berbual panjang di veranda rumah ibunya. cerita berkisar tentang Lokman cucu nek Temah yang hendak menyambung pelajaran ke Canada pada bulan 6 ini. Antara University yg ditawarkan Yayasan TNB adah Univ of western Ontario, yg terletak di bandar London berhampiran toronto dan Detroit Michigan. Lokman lebih berminat ke situ memandangkan yg lainnya terletak lebih ke utara yg semestinya sgt sejuk pada hujung musim salji.
Dabuk menceritakan kisah sahabatnya Vamp, yang tak tahan sejuk berpatah balik dari pergi kuliah semasa di Iowa dulu. Pesannya ringkas pada lukman..jangan jadi macam tu tau.. Wallahualam.
Tuesday, January 29, 2013
Untold story of Kg Krubong
Pagi ahad yg lalu, ketika mensyarahkan mutiara hikam ke 77, ustaz Daniyal menceritakan pengalaman beliau ketika menuntut di Azhar Ashariff Mesir. Ketika itu mereka sedang mendengar syarah matan sufi dari sheikh Al Jamalullail. Syeikh ni bermata buta tetapi sangat alim dalam bidangnya.
Satu hari ketika bersyarah, sahabat Ustaz Daniyal dgn perlahan meletakkan pita perakam untuk merakam syarah beliau. Tiba-tiba, ustaz pun menegur, ambil balik pita perakam tu. Maka terkejut semua pelajar kerana walaupun buta, begitu terang hati beliau kerana dapat melihat pita yg di hulurkan perlahan2 tadi. Semuanya dengan kuasa Allah juga. Wallahualam.
Friday, January 25, 2013
untold story of kg krubong
Zaman Jepun di kampung Bachang berbeza dari kg2 lain kerana kg bachang adalah kg sawah padi. Jadi tiada orng yg terpaksa makan ubi kayu atau keledek. Tetapi masalahnya adalah jepun akan datang menyukat padi selepas dituai. Biasanya 10 atau 12 sumpit padi akan di ambil dan sebagai bayarannya diberinya pula 3 ela kain kasa siam yang kasau.
Mahu tak mahu terpaksalah penduduk menyimpan padi dalam tin dan menanamnya di bawah rumah kerana jepun hanya meninggalkan sikit saja beras untuk dimakan oleh tuan punya sawah.
sekitar tahun 45 bila askar punjab berlori-lori lalu dari batu berendam, kanak2 semua keluar dan melambai2" hello joe" sebagai gesture kawan, Askar pulak mencampak coklat kepada kanak. walaqupun jambatan batu berendam dibom jepun, tentera berikat masih jugak dtg menyerang berduyun2. Waktu malam, penduduk akan menjerit, padam api. kerana takut rumah dibom kapalterbang. akhirnya jepunkalah.
Sejurus jepun menyerah, datang pula berlori2 bintamg 3 mengganas di kampung. Semua anak2 dara dikumpulkan penduduk kat rumah arwah nenek siah yang sekarang adalah rumah arwah pak itam salim. Di sana orang lelaki berkawal. Bintang 3 mengopek rumah kasim gelap (dekat2 rumah cikgu kadir) untuk membalas dendam perbuatan beliau menjadi mata2 gelap jepun. Kata bintang 3 kalau dia dapat dia akan tanam hidup2 kerana jepun pernah menanam kawannya idup2.bintang 3 tu terlepas dari jepun dulu dgn menyorok dlm tempayan. Nasib baik beliau sekeluarga berjaya melarikan diri.
Wallahualam.
Thursday, January 24, 2013
untold story pf kg Krubong
Seperti kg krubong, kg Bachang mmg terkenal dgn ular hitam dan ular kempas. Antara mangsa patukan ular hitam yang melibatkan kematian adalah musibah yg menimpa suami arwah nenek bun iaitu ayah kepada nenek siti di belakang rumah arwah datuk akob yang dipatuk ketika pulang dari fardhu isyak di masjid ketika meniti batas sawah ke rumahnya.
Pada suatu hari sekitar tahun 40an arwah busu jalil pula diuji tuhan apabila dipatuk oleh ular hitam. Seperti kebanyakan mangsa patukan, keluarga beliau segera memanggil Aya, lelaki india yg tinggal berhampirah sekolah keb Bachang.
Dari cerita emak, yg masih kanak-kanak yg berada kat situ, arwah busu jalil dibaringkan kat atas sehelai tikar mengkuang di halaman rumah, kerana mengikut adat perubatan Aya, pesakit tidak dibenarkan melintasi cucur atap.
Aya mengebas patukan ularitu dengan daun berbaur menteranya. Arwah busu jalil meraung2 kesakitan. Dan Allah yang maha berkuasa jualah yg menerima permintaan semua hambanya, biar pun yg sesat dari jalannya. Arwah busu jalil dapat diselamatkan pada hari itu.. Wallahualam.
Sunday, April 15, 2012
Untold story of kg krubong
Selesai saja pengajian mutiara hikam ke 48, Ustaz Daniyal pun bertanya, "ada apa2 soalan". Haji Mat pun bersuara, "ustaz bagaimana keadaannya kita ini, apabila contohnya terkena accident motor sedikit pun dah marahnya masya Allah dan sampai maki dan sebagainya".
Ustaz Danial pun sedikit tertunduk, dengan perlahan beliau menyampaikan syarahnya: "Dalam persoalan akhlak ini, ia memerlukan mujahadah. Dari kebiasaan kita yang tidak elok, perlu teruskan mujahadah ke kebiasaan baru yang elok. Ia memerlukan latihan mujahadah yang tinggi dan mungkin memakan masa yang lama. Tapi teruskan.Lama-kelamaan dengan izin dari Allah jua, kita akan berjaya dalam mujahadah itu.
Soalan Haji Mat itu memang ringkas tapi payah untuk dijelaskan. Namun dengan kebesaran Allah jua Ustaz Daniyal mensyarahkannya dengan manis dan mudah.
Alhamdulillah.
Ustaz Danial pun sedikit tertunduk, dengan perlahan beliau menyampaikan syarahnya: "Dalam persoalan akhlak ini, ia memerlukan mujahadah. Dari kebiasaan kita yang tidak elok, perlu teruskan mujahadah ke kebiasaan baru yang elok. Ia memerlukan latihan mujahadah yang tinggi dan mungkin memakan masa yang lama. Tapi teruskan.Lama-kelamaan dengan izin dari Allah jua, kita akan berjaya dalam mujahadah itu.
Soalan Haji Mat itu memang ringkas tapi payah untuk dijelaskan. Namun dengan kebesaran Allah jua Ustaz Daniyal mensyarahkannya dengan manis dan mudah.
Alhamdulillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)