Thursday, January 24, 2013

untold story pf kg Krubong

Seperti kg krubong, kg Bachang mmg terkenal dgn ular hitam dan ular kempas. Antara mangsa patukan ular hitam yang melibatkan kematian adalah musibah yg menimpa suami arwah nenek bun iaitu ayah kepada nenek siti di belakang rumah arwah datuk akob yang dipatuk ketika pulang dari fardhu isyak di masjid ketika meniti batas sawah ke rumahnya. Pada suatu hari sekitar tahun 40an arwah busu jalil pula diuji tuhan apabila dipatuk oleh ular hitam. Seperti kebanyakan mangsa patukan, keluarga beliau segera memanggil Aya, lelaki india yg tinggal berhampirah sekolah keb Bachang. Dari cerita emak, yg masih kanak-kanak yg berada kat situ, arwah busu jalil dibaringkan kat atas sehelai tikar mengkuang di halaman rumah, kerana mengikut adat perubatan Aya, pesakit tidak dibenarkan melintasi cucur atap. Aya mengebas patukan ularitu dengan daun berbaur menteranya. Arwah busu jalil meraung2 kesakitan. Dan Allah yang maha berkuasa jualah yg menerima permintaan semua hambanya, biar pun yg sesat dari jalannya. Arwah busu jalil dapat diselamatkan pada hari itu.. Wallahualam.

No comments: