Tuesday, January 29, 2013

Untold story of Kg Krubong

Pagi ahad yg lalu, ketika mensyarahkan mutiara hikam ke 77, ustaz Daniyal menceritakan pengalaman beliau ketika menuntut di Azhar Ashariff Mesir. Ketika itu mereka sedang mendengar syarah matan sufi dari sheikh Al Jamalullail. Syeikh ni bermata buta tetapi sangat alim dalam bidangnya. Satu hari ketika bersyarah, sahabat Ustaz Daniyal dgn perlahan meletakkan pita perakam untuk merakam syarah beliau. Tiba-tiba, ustaz pun menegur, ambil balik pita perakam tu. Maka terkejut semua pelajar kerana walaupun buta, begitu terang hati beliau kerana dapat melihat pita yg di hulurkan perlahan2 tadi. Semuanya dengan kuasa Allah juga. Wallahualam.

No comments: