Thursday, February 17, 2011

Untold story of kg krubong



Bangunan di atas adalah bangunan persatuan ulama negeri Kedah darul aman yg terletak di Derang, Pokok Sena, Kedah. Bangunan ini memerlukan sumbangan bagi membiayai kos retention yg masih tertunggak sebanyak RM60K dan kos kelengkapan bagi perpustakaan dan peralatan pejabat spt komputer dan perabut.

Setelah hampir 30 tahun, akhirnya bangunan ini berjaya didirikan dan akan menjadi pusat "train the trainer" bagi semua ulama dari 10 sekolah2 pondok negeri kedah dan sebagainya.

Ya aiyuhallazina amanu amfiqu mimma razaqnakum min qabli ai ya'tiya yaumul la baiau fihi wala hullatteu wala shafaah..

Wallahualam..

Wednesday, February 16, 2011

Untold story of kg krubong

Sekali lagi aku katakan.. " mahukah kau masuk Islam, dan saya akan carikan kau seorang isteri islam". Echin cuma tersenyum.

Cuma kali ni senyum dia tak seceria dulu sbb ayahnya yang dijaganya selama 2 tahun terlantar sakit telah pun meninggal dunia.

Aku meminjamkan telinga selaku pendengar yang baik. Echin menceritakan bagaimana ayahnya menangis sayu atas layanan baik Echin.

"Mengapa ayah menyimpan anggur tu.?"
"Ayah simpan sbb buah ni mahal, nanti esok ayah makan lagi"
"Ayah makanlah habis2.. nanti saya belikan lagi. Dulu ayah habiskan sekandang lembu untuk membesarkan saya, takkanlah saya tak boleh membelikan ayah sebungkus anggur lagi"

Setiap minggu, apabila balik saja dari KL, Echin akan memeluk dan mencium ayahnya, dan setiap kali itu jugalah ayahnya akan berkata " Kau ni sayang aku bagi cium aja, makan tak bagi"
Lepas itu kedua-dua anak beranak itu akan ketawa dan Echin akan menyuap nasi kepada ayahnya..

Mendengarkan cerita2 ini dan banyak lagi, membuatkan aku semakin berazam untuk berdakwah padanya..Kerana aku begitu yakin ada jiwa islam dalam diri Echin. Mudah2an Allah memperkenankan permintaan ini..

Walakinnallah yafalu ma yurid.. Wallahualam.

Thursday, November 4, 2010

Untold Story of Kg Krubong



Gambar di atas menunjukkan kolam air krubong yang sedang diperbesarkan untuk membekalkan air bersih kepada penduduk Melaka. Airnya dialirkan dari sg Krubong yang agak bersih sekarang ni selepas Kilang Getah Mardec ditutup pada tahun 1990an.

Pada zaman dahulu sebelum adanya jambatan kayu kat rumah Uteh Mad Som batu 8, iaitu sekitar tahun 60an dan 50an penduduk Krubong yang hendak menaiki Bas Batang ke Melaka ataupun durian tunggal mestilah menaiki perahu tambang Ontoh Beta, yang tinggal berhampiran sungai di sungai badau. Menurut cerita org tua2 tambangnya cuma dua puluh sen dan perkhidmatan hanya sampai petang. Sapa yang lambat nampak gayanya terpaksalah tunggu esok keran org tua itu dah tua dan tak kuasa nak kayuh perahu malam2 lebih-lebih lagi masa tu sungak ni belum lagi dikorek dan deras macamlah sungai kat taman negara tu..Wallahualam..

Untold Story of Kg Krubong



Semalam, ketika menelaah buku-buku baru kat MPH Mutiara Crowne Plaza, KL, saya terlihat buku Cinta Sufi. Ternyata bila diamati, semakin saya rasakan ceritanya menarik perhatian. Memang saya memiliki banyak buku bahan bacaan yang medaftarkan secara terperinci peperangan Kerajaan Islam Melaka dan Penjajah Portugis. Antara nya adalah buku2 di atas:

Teringin juga nak memanuskripkan babak-babak dan jujukan peristiwa yang membawa kejatuhan kerajaan islam Melaka. Mana mungkin di saat mana Kerajaan Turki Dan Sultan Muhammad Alfateh menakluki Konstantinopel, kerajaan Melaka yang mempunyai hubungan Ukhwah islamiah boleh diganyang oleh penjajah.

Buku Misteri pula saya beli di toko buku Ben Berwell Tesco Melaka. Banyak menceritakan Melaka bagaimankah Parameswara memeluk agama islam, Wali Songo di Jawa dan Pulau Besar Melaka. Menarik dan spiritual. Wallahualam.

Saturday, September 4, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Seperti kebiasaan memang dabuklah yg menemani arwah Nek enjah dan arwah maklong banun setiap malam setelah arwah tok mat sab meninggal dunia.

Tapi pada malam itu sekitar 1979, agak berbeza kerana arwah dak kadir, dak bakar dan lobai turut bersama untuk tidur di rumah arwah tok mat sab.

Seperti biasa dabuk tidur di atas katil arwah datuk manakala tiga sahabatnya tidur beralaskan tikar di bawah.

Namun sebaliknya berlaku apabila lampu dipadamkan dan hanya pelita sahaja yg menyinari. Dak Bakar mula keluh-kesah tak boleh tidur dah akhirnya meminta izin pulang ke rumah.

Pada esoknya barulah bakar bagi tahu yg dia tak boleh tidur sebab takut.. Teruklah bakar ditertawakan oleh anak2 kg krubong lain. Mana taknya asal ada kematian je terus nak takut.. Wallahualam.

Tuesday, August 31, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Petang itu Dabuk mengikut abgnya Acip dan abg Budin ke sungai Kerubong untuk menjala Udang galah. Sampai saja mereka di tebing sg krubong mereka pun menolak perahu fiberglass beserta injin sangkut yamaha milik abg budin.

Sampai ke lubuk Si Dolah yg surut krn kemarau, mereka pun menyerak jala. Tak lama kemudian mereka terserempak dgn Si Azmi dari Tampoi. Dabuk begitu gembira berjumpa Azmi yg juga bergelar dabuk di kampungnya. Dak din tergelak sambil berkata HaHa Dabuk jumpa dabuk..

Hari itu Acip agak boring sebab jalanya rabak tersangkut kayu. Katanya mmg kepantangannya kalau menjala dgn jala koyak.. Jala nylon dabuk lagi rabak.. Nylonnya relai sendiri kerana terlalu lama bila dicengkam kuat..Wallahulam.

Friday, August 13, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Echin adalah sahabat baik dabuk di tempat kerja. Setiap minggu dia berulang-alik dari KL ke kelantan untuk menjaga ayahnya yg sakit. Kagumkan hati budinya ramailah mak cik2 di kg siam tumpat bertanyanya rahsia medidik anak setaat Echin.Tak kurang juga yg offer nak gadisnya utk menjadi isteri echin.

Dan hati budi itulah yang mendorong dabuk memujuk echin untuk masuk islam dan berjanji mencarikan seorang isteri melayu untuk beliau. Dan setiap kali jua ditolak dgn baik oleh echin yg begitu fokus dgn kesihatan ayahnya.

Petang semalam sekali lagi dabuk menceritakan pengalaman spiritual utk mangajak beliau. Dabuk berceritakan tentang seorang lelaki tua berbangsa arab yg berjumaat bersamanya. Lelaki itu menangis tersedu-sedu bila imam membacakan perihal hari kiamat dari surah Al Qariah membuatkan dabuk benar2 insaf seketika. Selepas solat dabuk cuba mengejar org tua itu untuk bertanyakan sesuatu tetapi gagal menemuinya.

Mendengarkan itu Echin pun mencapai kalkulator dan mengira. katanya kalau umur dah 50tahun, boleh tahan ker 1820 kali dia menangis tiap2 jumaaat? Echin cuba merungkai spiritual secara mathematical. Dabuk hanya tersenyum..

Jauh di sudut dia pasrah bahawa sanya memang taufik dan hidayah itu milik mutlak tuhan sang maha berkuasa. Wallahu la yahdil qaumal kafirin.. Wallahualam