Wednesday, February 16, 2011

Untold story of kg krubong

Sekali lagi aku katakan.. " mahukah kau masuk Islam, dan saya akan carikan kau seorang isteri islam". Echin cuma tersenyum.

Cuma kali ni senyum dia tak seceria dulu sbb ayahnya yang dijaganya selama 2 tahun terlantar sakit telah pun meninggal dunia.

Aku meminjamkan telinga selaku pendengar yang baik. Echin menceritakan bagaimana ayahnya menangis sayu atas layanan baik Echin.

"Mengapa ayah menyimpan anggur tu.?"
"Ayah simpan sbb buah ni mahal, nanti esok ayah makan lagi"
"Ayah makanlah habis2.. nanti saya belikan lagi. Dulu ayah habiskan sekandang lembu untuk membesarkan saya, takkanlah saya tak boleh membelikan ayah sebungkus anggur lagi"

Setiap minggu, apabila balik saja dari KL, Echin akan memeluk dan mencium ayahnya, dan setiap kali itu jugalah ayahnya akan berkata " Kau ni sayang aku bagi cium aja, makan tak bagi"
Lepas itu kedua-dua anak beranak itu akan ketawa dan Echin akan menyuap nasi kepada ayahnya..

Mendengarkan cerita2 ini dan banyak lagi, membuatkan aku semakin berazam untuk berdakwah padanya..Kerana aku begitu yakin ada jiwa islam dalam diri Echin. Mudah2an Allah memperkenankan permintaan ini..

Walakinnallah yafalu ma yurid.. Wallahualam.

No comments: