Friday, March 13, 2009

untold story of kg krubong

Pak Mat dan Pak Cik Hamid Kancil tidak dpt berbuat apa2. Mereka hanya mampu melihat dari bawah lori. Maslia kerbau terakhir Pak Mat terbujur kaku di atas lori kecil yg di sewa khas loeh Pak Hamid, jurulelong kerbau kg krubong.

Peristiwa yg berlaku pada tahun 1975 itu adalah gara wabak sakit kuku dan mulut yg menyerang kerbau2 kampung. Pak mat di beri izin oleh Tok Jusuh untuk menguburkan kerbaunya di kebunnya di bawah pokok durian bersebelahan rumah pak cik siron.

Apabila kerbau telah di masukkan ke dalam lubang. Penduduk kg pun melapah perutnya dan kedengaran angin keluar begitu kuat sekali se akan-akan belon besar yang sedang di bocorkan.

Anak2 kecil pak mat yg melihat mengalirkan air mata bukan sahaja kerana sayangkan maslia, tetapi juga mungkin mengerti ujian yg sedang menimpa keluarga mereka. Demikianlah perginya sumber rezeki yg dipinjamkan Allah Taala kpd mereka yg semuanya telah menjadi ketentuan dariNYA jua.

Thursday, March 12, 2009

untold story of kampung krubong

Pada hujung tahun 1982, Pak Mat mengadakan khenduri mengkhatankan 2 anaknya yang paling kecil. Dan pada masa yg sama, uteh saadiah, jirannya menumpangkan anak bunsunya, dak edi manakala Arwah Pak Cik Siron, menumpangkan anaknya, dak sahar untuk dikhatankan oleh Tok Mudim dari Kg Pulau, arwah lebai said.

Seperti kebiasaanya, lebai said menggunakan pisau, dan sekeping pengepit besi. Dan pada hari itulah berlaku satu perkara yg agak luar biasa.

Ketika beliau bersiap untuk menyesaikan kerjanya pada sahar, Tok Mudim berpengalaman ini diuji tuhan. "Pipit"Sahar menghilang dan terbenam kedalam perut. Akibatnya penyepit tercampak jatuh. Lebai Said mengeraskan suaranya dengan ayat-ayat suci Al Quran dan menghabiskan kerjanya.

Akhirnya setelah empat kali di khatankan , kerja2 ke atas Sahar dapat disudahkan. Ketiga sahabat2nya yg lain yg menyaksikan kejadian anih itu terkejut dgn peristiwa itu. Masing2 berbisik kalau sahar yang khatan dulu, aku tak akan tunggu punya. Cabut.

Sahar kelihatan sungguh keletihan dan bila ditanya, kata beliau yg kali keempat je yg berasa sakit. Wallahualam.

Tuesday, March 10, 2009

untold story of kampung krubong

Ketika menjadi askar kerahan di Singapura, Pak Mat menceritakan keberanian seorang juruterbang Jepun. Ketika itu tentera berikat sedang mengebom pengkalan udara mereka, dan di antara pesawat terlibat adalah B25 yang terkenal dgn meriam dan kapasiti bomnya.

Di tengah2 kekalutan itu, juruterbang itu masih sempat berlepas dari landasan dan terus naik menegak ke udara. Menceritakan kejadian itu pak Mat, berasa sungguh terkejut kerana pesawat itu terus menghala tepat ke perut salah sebuah dari B25 itu. Kapalterbang pengebom itu terputus dua dan terhempas serta merta.

Kemudian Pak Mat bercerita pula tentang abang angkatnya Hirata San. Di saat2 Jepun mengundur diri, katanya, beliau terserempak dgn Hirata San Di Malim, Melaka. Hirata San bertempik memanggil beliau, "Amado! Amado!" dari atas lori bermuatan tentera Jepun.

Pak Mat terus melompat masuk ke dalam Sawah dan lari sekuat hatinya. Beliau ketakutan bukan sahaja kerana telah melarikan diri dari Singapura tetapi tidak sanngup meninggalkan ibubapanya sekiranya terpaksa mengikut Hirata San Ke Jepun.

Begitulah kehendak takdir yang menemukan Hirata dan Amado dan kemudian memisahkan keduanya. Dan semuanya itu tentulah yg terbaik buat kedua-dua mereka. Wallahualam.

untold story of kampung krubong

Kalau saudara2 sekelian perhatikan, bahawa di perkarangan Masjid Kampung Krubong, terdapat sebuah meriam lama yang terletak kemas di atas tempatnya yang diperbuat dari simen. Rasa2 saya ianya diletakkan di situ lebih kurang 5 tahun yg lepas.



Meriam itu sebenarnya adalah milik Tok Baba iaitu ayah kepada Tuan Imam Ali yang diberikan kepada cucu kesayangannya yg tinggal bersamanya, Din Kembau.



Sekitar awal tahun 70an, ketika arwah Tok baba dan Nek Gamah masih tinggal di sebelah rumah Pak Mat, Din Kembau sering sahaja menembak meriam itu dgn menggunakan kabaid terutamanya di malam2 bulan ramadan. Meriam itu memang kuat dan sering bergabung dgn meriam2 buluh anak pak Mat untuk "melawan" bunyi meriam dari batu 8 yang sayup2 kedengaran merentasi sawah bendang Krubong.



Khabarnya meriam kecil itu adalah tinggalan askar2 Melaka yang sering menyerang penjajah Portugis dari Ulu Melaka. Wallahualam.

Sunday, March 8, 2009

untold story of kampung krubong

Ikan tilan, ikan tetimah, betuk palas, ikan tongsan leper dan ikan tongsan bulat adalah antara spesis ikan yang di percayai telah pupus dari sungai krubong. Antara penyebabnya adalah aktiviti menangkap ikan tidak sihat yang dilakukan oleh orang2 luar untuk menangkap ikan besar dan juga malapetaka pencemaran.

Pada sekitar tahun 1970an, beberapa kali penduduk digemparkan oleh ikan besar timbul dan "mabuk" di sungai kerana di bom oleh pencari ikan. Biasanya beberapa hari kemudian beribu2 ikan kecil spt trubol, anak tongsan terapong mati.

Tapi peristiwa, kilang getah yg beroperasi di tepi sungai melepaskan sisa industri sekitar 90an telah meyebabkan sungai itu mengalami kemusnahan hiupan yg teruk. Ikan2 kebanyakkan berkudis, terputus dan cacat teruk terkena sisa berkimia. Akibatnya kilang tersebut terpaksa ditutup.

Friday, March 6, 2009

untold story of kampung krubong

Semak belukar sawah kampung kerubong memang telah menjadi "kediaman" ular2 samada yg berbisa atau tidak. Pada sekitar tahun 70 an, keluarga Pak Mat diuji tuhan dgn ular kampung kerubong.

Pada hari tu, Jenal anak lelaki sulong Pak Mat, pulang lewat dari biasa. Ini semua gara2 kerbau2nya yang mencari makan agak jauh di hujung paya. Jenal dan kawan2nya mmg cekap menjaga kerbau. Kerana kalau terleka takut2 kerbaunya akan masuk memakan padi.

Menceritakan semula, beliau mengatakan, kerbaunya sungguh bijak. Beliau hanya akan memanggil sekuat hati "balik" maka kerbau2nya akan bergegas mengekorinya balik ke kandang kurungan di kampung krubong. Demikianlah Sang Maha Pengasih dgn limpahan rahmatNYA memudahkan pekerjaan anak2 kecil kg krubong.

Dalam senja yg berbalam-balam, beliau telah tersepak seekor ular senduk dan ular hitam itu mematuk beliau. Tidak sampai beberapa ketika, beliau pun pingsan.

Pak Mat mengejarkan anaknya ke rumah arwah Cikgu Daud untuk menumpangkan keretanya ke hospital Melaka. Dan Allah Sang Maha Penyayang tidak pernah lalai melimpahkan rahmatNYA. Beliau dapat diselamatkan.
Ikan limbat kuning spt ni pernah saya beli benihnya di ulu langat. Kemudian dipelihara di kolam belakang rumah. Tapi tenggelam oleh banjir yang melanda beberapa tahun yg lalu. Ada beberapa ekor yg dipelihara di dalam perigi. Cantik sekali bila tengok limbak berenang meliuk-liuk di dalam perigi.