Thursday, May 13, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Bagi setiap orang pengalaman spiritual ketika mengerjakan umrah adalah terlalu peribadi dan berbeza2. Begitu juga dgn Zamri. Setiap pagi selepas mengerjakan solat subuh di Makkah, beliau akan menolong untuk mengusung keranda ke tanah perkuburan Makkah.

Semuanya bermula bila beliau yg ingin sangat mencari di mana pusara datuknya yg meninggal di tanah suci ketika haji. Beliau bertanya kepada arab2 yg mengusung keranda secara bergilir2 sejauh 2 kilometer dari masjid. Puas jugak nak dapat arab yg boleh berbahasa inggeris. Katanya, mereka berebut2 krn berharapkan rida ilahi dan seandainya isi keranada adalah shuhada maka dapatlah mereka menjadi pengusung nya. Maka, itulah Zamri tidak melepaskan peluang mengusung keranda setiap paginya di kota makkah. Kubur di sana mempunyai 2 lapis lahad untuk 2 mayat pada satu pusaradan kubur ditebus guna semula dengan mengalih mayat lama yg hancur untuk diganti dgn mayat yg baru. Nisannya dari batu granit biasa menyebabkan zamri tidak dapat mencari kuburan datuknya.

Pada satu hari ketika beliau bertawaf, beliau terlihat seorang perempuan berbangsa habsyi yang meraba2 dgn tongkat utk bertawaf kerana buta. Kerana kasihan dan hajatnya ikhlas untuk menolong, beliaupun memimpin ibu itu bertawaf. Apabila selesai tawafnya, beliau pun memandang ke muka ibu itu. Tergamam bila didapati didapati matanya melopong tanpa sebarang biji mata. ibu itu merungkaikan tangannya dan hilang dari penglihatan beliau. Walaupun pengalamannya pelik, Zamri akur akan demikianlah Allah memperlihatkan bahawa segala kejadian itu adalah semata-mata di bawah kekuasaannya juga. Wallahualam..

No comments: