Saturday, May 15, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Dabuk, betul2 susah hati pada hari itu. Peristiwa yg berlaku pada tahun 1985 di asrama SMS Muar begitu merungsingkan dabuk. Apa taknya kad pengenalanya telah di dapati hilang dari lockernya.

Selepas meminta pendapat bakar, rakan baiknya. Bakar yg nakal pun mula menakutkan dabuk. Katanya polis mamak maidin muar memang cukup garang dan akan membuli bebudak yg hilang kad pengenalan. Terketar2 jugak dabuk pergi ke balai polis muar.

Tapi hari tu memang nasib menyebelahi dabuk.. Jangankan kata nak buli, polis mamak tu yg pandai2 mengarang cerita. yang dabuk jalan2 dan tercicir dompet beserta kp.. Bakar nampak kecewa hari tu..

Tapi kemudian nasib pulak menyebelahi bakar. Bila check punya check, polis tu tersilap pulaklah tulis alamat.. kampung kerubong muar, ditulisnya.Patutnya krubong melaka.. mana ada kerubong kat muar tu... Menyembur-nyembur bakar ketawakan dabuk yg sekali lagi sangat susah hati di dalam bas MOS untuk balik dari bandar muar..

Tapi Allah lah tuhan yg maha pemurah.. KP dabuk akhirnya dijumpai dalam locker besar..Maka terselamatlah dia dari bertemu dgn polis muar sekali lagi..

No comments: