Friday, May 7, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Tak Ramai yg tahu bahawa arwah ustaz Amat dari lanjut manis adalah seorang hafiz. Beliau berasal dari kg rumbia. Budi pekerti dan kekerapannya berazan, menyebabkan seorang Habib peranakan arab akhirnya meminta izin ibu ustaz amat untuk membawa beliau belajar ugama di pondoknya di masjid tanah buat beberapa tahun..

Satu hari arwah ustaz ahmat diminta utk mengajar Al-quran untuk keluarga saudaranya seorang YB, kerana sudah 4 org ustaz dah berhenti mengajar. Kanak2 tu buat macam2 spt menyorokkan tongkat dan kasut ustaz untuk melemahkan semangat beliau. Demikianlah Allah Swt menguji hambanya yg tidak pernah lalai meminta doa dan pertolongan darinya..

Akhirnya perangai anak2 itu berubah baik berkat doa dan kurnia dari sang maha pengasih. Mereka sendiri mengaku tak berdaya melemahkan semangat ustaz dgn ibu mereka.. alhamdulillah, kini salah seorang mereka telah pun menjadi ustaz lulusan Al-Azhar..

Di akhir hayatnya, anak2 ustaz, jaah dan nan membacakan ayat2 al quran.. Apabila mereka berhenti berehat, ustaz menyambung bacaan mereka dalam keadaan matanya yg tertutup..

Mudah2an Allah menempatkan beliau di dalam rahmat NYA setelah pernah bertahun2 berdakwah di sek agama rakyat krubong dan mengajar taranum kalam suci di masjid kg krubong. Wallahu alam..

No comments: