Wednesday, May 12, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Pagi itu sekitar tahun 2006 Makcik Peah yang baru pulang dari menunaikan Haji di Makkah bergegas ke rumah arwah ustaz amat. Beliau bertanyakan bagaimana beliau boleh terlihat arwah ustaz berada di tanah suci dan mengerjakan haji.

Setiap kali Mak Cik Peah bercerita, berkali2 jugalah arwah ustaz menjelaskan bahawa beliau berada di kampung pada masa itu dan hanya insha Allah di jadualkan ke Makkah pada tahun hadapannya.

Dan Allah Sang Maha berkuasalah yang maha menentukan. Ustaz yg mengidap diabetes di jemput kembali ke sisinya sebelum sempat melawat tanah suci. Selepas kematian beliau pernah sekali lagi mak cik peah berjumpa dgn nan anak ustaz menceritakan sekali lagi peristiwa dia berjumpa arwah ustaz di tanah suci.

Mudah2an Allah menempatkan beliau hampir di sisiNYA. Wallahualam.

No comments: