Sunday, February 1, 2015
untold story of kg krubong
Pada sekitar lewat 70an dan awal 80an, siapa yag tak kenal arwah kadir. Kalau ada sahaja hari anekaragam di sekolah krubong, beliau pasti menjadi pelakun utama kerana bakat berlakunnya.
Dua malam yang lalu, saya telah bermimpi berjumpa arwah kadir. Dalam mimpinya, beliau kelihatan sungguh berseri2 berjubah putih dan berserban putih. Ketika kami sedang berbual2 di bawah sepohon pokok sementara menunggu majlis agama bermula, kelihatan abang beliau yg lengkap berjubah putih datang dipandu pemandunya di dalam kereta berwarna biru.
Beliau pada mulanya tidak mahu berjumpa abangnya walaupun diajak oleh saya, tetapi setelah abangnya berlalu pergi, beliau pulak yang tertanya2 seakan2 rindu ingin berjumpa. Kami sekadar mampu melihat beliau berlepas pergi
Sejurus kemudian saya pun terjaga dan lama juga saya berfikir dan mengenangkan arwah.
Arwah ni yang saya kenal adalah seorang yg baik. Beliau adalah seorang chargeman. Hampir setiap kali pulang bekerja, kesemua wang disakunya akan diberikan sebagai belanja kepada arwah ibunya. Pernah juga bila beliau membaiki soket2 elektrik di rumah arwah mak. Beliau tidak mahu langsung mengambil upah. Sampai terpaksa mengejar dan memasukkan hadiah wang itu ke dalam poket beliau.
Di akhir hayatnya ketika terlantar di hospital, pernah saya meminta arwah emak untuk menghantar sedikit hadiah wang untuk arwah ibunya ke hospital bagi menemani beliau, Beliau yang ketika itu telah tenat sehingga hilang penglihatan meminta saya datang melawat beliau. Cuma mungkin itulah kehendak allah, saya tak sempat bertemu beliau yang telah pun dahulu menemui tuhannnya. Alfatihah untuk arwah semoga Allah menghimpun beliau dikalangan org2 saleh. Wallahualam.
Saturday, December 13, 2014
Untold story of kg krubong
Di sekitar tahun 1982, ketika masih berada di tingkatan 1 Biru sek tinggi melaka, saya mempunyai seorang kawan bernama Zairul Rizal. Dia berbadan sangat tegap dan bercita-cita ingin menjadi sprinter MHS. Idolanya adalah pelari pecut dunia ketika itu, iaitu Carl Lewis. Ayah beliau adalah seorang Renjer RAMD yang bertugas di kem Sg Udang Melaka.
Antara cerita yg sering beliau ulang2kan ialah renjerlah yg paling berani kerana merekalah barisan paling hadapan menetang komunis pada masa itu. Beliau sangat minat pada pesawat caribou TUDM.Beliau menceritakan pengalaman mereka berpindah ke pengkalan RAMD sarawak dgn menaiki pesawat caribou. Pesawat ni tak ada tempat dudek cuma ada jaring.
maka kelam kabutlah kanak2 yand masih kecil seperti beliau mengharungi perjalanan itu. Bagi saya pulak pesawat caribou ni mmg hari2 melintas di langit kg kerubong dan mendarat di padang batu berendam. dah lak tu.. tiap- tiap tahun saya dan kawan2 akan ke bt berendam menonton pertandingan payung terjun ASEAN. Asyik tengadah tengok pesawat DeHavilland ni ajer....Wallahualam.
Friday, September 5, 2014
Untold story of kg krubong
Friday, August 1, 2014
Untold story of kg Krubong
Wednesday, July 16, 2014
Untold story of kg krubong
Yang manakah yang anda lebih percaya sebagai asal-usul nama kg krubong adakah buah kecubong ataupun burung lang krubong.? Sama-sama kita saksikan gambar di bawah:

Rasanya buah kecubong lebih banyak kat kg ni. Burung lang putih ni tak pernah nampak. kalau lang lebah atau lang singkap atau lang merah tu biasa ler nampak. Wallahualam.

Rasanya buah kecubong lebih banyak kat kg ni. Burung lang putih ni tak pernah nampak. kalau lang lebah atau lang singkap atau lang merah tu biasa ler nampak. Wallahualam.
Wednesday, June 18, 2014
Untold story of Kg Krubong
Sunday, May 4, 2014
Untold story of kampung krubong
Lencana SK Krubong ini mula digunakan pada tahun 1978 iaitu ketika saya berada di darjah 3. Ianya di reka oleh cikgu Mokhtar, iatu cikgu matapelajaran lukisan pada ketika itu.Pada ketika itu lencana ini dijual RM0.30 satu dan warna kuning tersebut pada asalnya adalah warna oren. Lencana logam itu di jual oleh cikgu Sarip, guru mata pelajaran b Inggeris ketika itu dab disimpan di dalam almari jualan barangan alatulis di tingkat satu sekolah baru.
Arwah cikgu Bakar pula berjasa memberi nama rumah2 sukan sekolah pada tahun 1980. Mungkin nama tersebut kekal hingga kini sebagai, Garuda berwarna biru, Rajawali, merah, jelatik kuning dan cenderwasih hijau...Wallahualam
Subscribe to:
Posts (Atom)

