Saturday, December 13, 2014

Untold story of kg krubong

Di sekitar tahun 1982, ketika masih berada di tingkatan 1 Biru sek tinggi melaka, saya mempunyai seorang kawan bernama Zairul Rizal. Dia berbadan sangat tegap dan bercita-cita ingin menjadi sprinter MHS. Idolanya adalah pelari pecut dunia ketika itu, iaitu Carl Lewis. Ayah beliau adalah seorang Renjer RAMD yang bertugas di kem Sg Udang Melaka. Antara cerita yg sering beliau ulang2kan ialah renjerlah yg paling berani kerana merekalah barisan paling hadapan menetang komunis pada masa itu. Beliau sangat minat pada pesawat caribou TUDM.Beliau menceritakan pengalaman mereka berpindah ke pengkalan RAMD sarawak dgn menaiki pesawat caribou. Pesawat ni tak ada tempat dudek cuma ada jaring.
maka kelam kabutlah kanak2 yand masih kecil seperti beliau mengharungi perjalanan itu. Bagi saya pulak pesawat caribou ni mmg hari2 melintas di langit kg kerubong dan mendarat di padang batu berendam. dah lak tu.. tiap- tiap tahun saya dan kawan2 akan ke bt berendam menonton pertandingan payung terjun ASEAN. Asyik tengadah tengok pesawat DeHavilland ni ajer....Wallahualam.

No comments: