Friday, August 1, 2014
Untold story of kg Krubong
Wednesday, July 16, 2014
Untold story of kg krubong
Yang manakah yang anda lebih percaya sebagai asal-usul nama kg krubong adakah buah kecubong ataupun burung lang krubong.? Sama-sama kita saksikan gambar di bawah:

Rasanya buah kecubong lebih banyak kat kg ni. Burung lang putih ni tak pernah nampak. kalau lang lebah atau lang singkap atau lang merah tu biasa ler nampak. Wallahualam.

Rasanya buah kecubong lebih banyak kat kg ni. Burung lang putih ni tak pernah nampak. kalau lang lebah atau lang singkap atau lang merah tu biasa ler nampak. Wallahualam.
Wednesday, June 18, 2014
Untold story of Kg Krubong
Sunday, May 4, 2014
Untold story of kampung krubong
Lencana SK Krubong ini mula digunakan pada tahun 1978 iaitu ketika saya berada di darjah 3. Ianya di reka oleh cikgu Mokhtar, iatu cikgu matapelajaran lukisan pada ketika itu.Pada ketika itu lencana ini dijual RM0.30 satu dan warna kuning tersebut pada asalnya adalah warna oren. Lencana logam itu di jual oleh cikgu Sarip, guru mata pelajaran b Inggeris ketika itu dab disimpan di dalam almari jualan barangan alatulis di tingkat satu sekolah baru.
Arwah cikgu Bakar pula berjasa memberi nama rumah2 sukan sekolah pada tahun 1980. Mungkin nama tersebut kekal hingga kini sebagai, Garuda berwarna biru, Rajawali, merah, jelatik kuning dan cenderwasih hijau...Wallahualam
Untold story of Kg Krubong
Mungkin ramai yang tertanya2 dari mana asalnya nama kampung kerubong. Dari apa yang pernah diceritakan oleh orang tua2 kampung semasa kami kecil, terdapat dua cerita yang paling popular yang sering mengaitkan asal nama krubong.
Cerita yang pertama yang diberitahu oleh arwah nek kayah, di kerubung terutama di sekitar belukar gelam, terdapat banyak pokok kecubong. Oleh kerana Kerubong sendiri di teroka oleh pengambil kayu gelam untuk dijadikan arang dan dijual di pasar, maka kampung kerubong pun mendapat namanya.
Cerita yang kedua pula diceritakan oleh nek siah moyang arwah kadir, Di kerubong dulu terdapat banyak burung helang. antaranya burung helang singkap, dan yang hebat sekali adalah burung helang putih yang lebih di kenali sebagai helang kerubong. Dan kerubong pun diberi nama oleh peneroka kampung sempena helang tersebut.
Wallahualam
Monday, October 28, 2013
Untold story of kg krubong
Tak siapa yg tahu bahawa derita yg ditanggung oleh sesetengah saudara baru hanya kerana ingin kan agama islam adalah sangat berat. Begitu juga beratnya dengan derita yg ditanggung oleh sahabat2 rasul dari sirahnya yang kita dengar dari guru2 agama. Kira2 4 tahun yang lalu, setelah selesai bersolat di surau Suria KLCC, pandangan dabuk tertarik kepada seorang pemuda keturunan india yg bersolat ditepi masjid. Dari riak mukanya yang resah dan pakaiannya yg kusut, menyebabkan dabuk berfikir panjang dan berhasrat mendekatinya.
Dabuk menghulurkan tangan dan mengucapkan salam. Oleh kerana tidak banyak yg dpt diperkatakan, maka dabuk pun berlalu. Namun pemuda itu kemudian menyonsong dan berbual kechil. Dia bersasal dari ipoh dan barumemeluk agama suci, Kini dibuang oleh keluarga. Beliau baru mendapat pekerjaan di sogo sebagai jurujual tetapi tidak punya wang untuk membeli baju putih dan seluar hitam sebagai pakaian kerja.
Berasakan pertemuan itu memang diatur oleh tuhan, isteri dabuk yg mendapat berita itu pun mengeluarkan zakat untuk pemuda itu yg sangat terperanjat dan tidak menyangka sama sekali pada kejadian itu. Setelah beberapa kali berhubung bagi bertanyakan khabar, akhirnya no telefon saudara itu hilang dari simpanan.
Cuma ada sekali ketika bertarawikh di masjid assyakirin, dabuk tersepa dgn sahabatnya itu yg telah kelihatan lebih aman dan nyaman. Mudah2an Allah menjaga iman sekalian kita, sebagaimana pesan dabuk kepada saudaranya itu.." peganglah agama ini kuat2 wahai saudaraku...Wallahualam.
Thursday, September 5, 2013
Untold story of Kg Krubong
Sudah sekian kali, Dak acip menegur malah memarahi kanak2 taman Kerubong supaya jangan bermain air di sungai krubong kerana di kawasan itu memang dalam. Namun teguran itu umpama mencurah air di daun Keladi sehinggalah:
"21 Julai 2013
MELAKA - Empat rakan ditemui mati lemas ketika mencari lala di Sungai Melaka di Taman Seri Krubong, Krubong di sini hari ini."
Kata beliau" bukan baru ni bebudak ni main air di situ . dah lama dan banyak kali ditegur. Bila ditegur, mereka pergi, kemudian datang lagi." Namun semuanya ini sudah ketentuan Allah jua. Wallahualam
Subscribe to:
Posts (Atom)