Monday, October 28, 2013

Untold story of kg krubong

Tak siapa yg tahu bahawa derita yg ditanggung oleh sesetengah saudara baru hanya kerana ingin kan agama islam adalah sangat berat. Begitu juga beratnya dengan derita yg ditanggung oleh sahabat2 rasul dari sirahnya yang kita dengar dari guru2 agama. Kira2 4 tahun yang lalu, setelah selesai bersolat di surau Suria KLCC, pandangan dabuk tertarik kepada seorang pemuda keturunan india yg bersolat ditepi masjid. Dari riak mukanya yang resah dan pakaiannya yg kusut, menyebabkan dabuk berfikir panjang dan berhasrat mendekatinya. Dabuk menghulurkan tangan dan mengucapkan salam. Oleh kerana tidak banyak yg dpt diperkatakan, maka dabuk pun berlalu. Namun pemuda itu kemudian menyonsong dan berbual kechil. Dia bersasal dari ipoh dan barumemeluk agama suci, Kini dibuang oleh keluarga. Beliau baru mendapat pekerjaan di sogo sebagai jurujual tetapi tidak punya wang untuk membeli baju putih dan seluar hitam sebagai pakaian kerja. Berasakan pertemuan itu memang diatur oleh tuhan, isteri dabuk yg mendapat berita itu pun mengeluarkan zakat untuk pemuda itu yg sangat terperanjat dan tidak menyangka sama sekali pada kejadian itu. Setelah beberapa kali berhubung bagi bertanyakan khabar, akhirnya no telefon saudara itu hilang dari simpanan. Cuma ada sekali ketika bertarawikh di masjid assyakirin, dabuk tersepa dgn sahabatnya itu yg telah kelihatan lebih aman dan nyaman. Mudah2an Allah menjaga iman sekalian kita, sebagaimana pesan dabuk kepada saudaranya itu.." peganglah agama ini kuat2 wahai saudaraku...Wallahualam.

No comments: