Wednesday, June 18, 2014

Untold story of Kg Krubong

Saudara baru berbangsa belanda di atas ini bernama Hamzah Abdullah. Beliau adalah tuan punya Stable kuada " The arabian stud" yang berpusat di telaga tujuh, pulau langkawi. Beliau sangat istimewa kerana di stablenya terdapat kuda-kuda Arab yang hebat yang di antaranya berharga sehingga USD 3 juta. Kuda yg bernama Albariq itu adalah milik mantan PM adalah hadiah dari Raja saudi itu yg diterbangkan khas dgn jet peribadi Raja tersebut. Anak beliau adalah pelumba kuda endurance yg pernah mendapat tempat keempat di peringkat dunia. Sungguh mengkagumkan. Ketika melawat ke kandang kuda ini, beliau memasangkan nasyid untuk kuda2 beliau. beliau mempunyai anak2 dari seorang isteri belanda dan 2 org isteri wanita langkawi. Sangat baik orgnya danlemah-lembut serta tidak lokek berkongsi rahsia penjagaan kuda arab, Dari pengalaman saya ketika bersama rakan2 polis berkuda putrajaya, saya hanya meninggang kuda2 Argentina yg mild dan docile. Tidak pernah saya menunggang kuda arab yg temperamental. Bak kata Tun M, kuda biasa ada 4 kaki, kuda arab ni ada 2 kaki. Membayangkan kuda arab yg suka melompat dan barking...Wallahualam..

Sunday, May 4, 2014

Untold story of kampung krubong

Lencana SK Krubong ini mula digunakan pada tahun 1978 iaitu ketika saya berada di darjah 3. Ianya di reka oleh cikgu Mokhtar, iatu cikgu matapelajaran lukisan pada ketika itu.Pada ketika itu lencana ini dijual RM0.30 satu dan warna kuning tersebut pada asalnya adalah warna oren. Lencana logam itu di jual oleh cikgu Sarip, guru mata pelajaran b Inggeris ketika itu dab disimpan di dalam almari jualan barangan alatulis di tingkat satu sekolah baru. Arwah cikgu Bakar pula berjasa memberi nama rumah2 sukan sekolah pada tahun 1980. Mungkin nama tersebut kekal hingga kini sebagai, Garuda berwarna biru, Rajawali, merah, jelatik kuning dan cenderwasih hijau...Wallahualam

Untold story of Kg Krubong

Mungkin ramai yang tertanya2 dari mana asalnya nama kampung kerubong. Dari apa yang pernah diceritakan oleh orang tua2 kampung semasa kami kecil, terdapat dua cerita yang paling popular yang sering mengaitkan asal nama krubong. Cerita yang pertama yang diberitahu oleh arwah nek kayah, di kerubung terutama di sekitar belukar gelam, terdapat banyak pokok kecubong. Oleh kerana Kerubong sendiri di teroka oleh pengambil kayu gelam untuk dijadikan arang dan dijual di pasar, maka kampung kerubong pun mendapat namanya. Cerita yang kedua pula diceritakan oleh nek siah moyang arwah kadir, Di kerubong dulu terdapat banyak burung helang. antaranya burung helang singkap, dan yang hebat sekali adalah burung helang putih yang lebih di kenali sebagai helang kerubong. Dan kerubong pun diberi nama oleh peneroka kampung sempena helang tersebut. Wallahualam

Monday, October 28, 2013

Untold story of kg krubong

Tak siapa yg tahu bahawa derita yg ditanggung oleh sesetengah saudara baru hanya kerana ingin kan agama islam adalah sangat berat. Begitu juga beratnya dengan derita yg ditanggung oleh sahabat2 rasul dari sirahnya yang kita dengar dari guru2 agama. Kira2 4 tahun yang lalu, setelah selesai bersolat di surau Suria KLCC, pandangan dabuk tertarik kepada seorang pemuda keturunan india yg bersolat ditepi masjid. Dari riak mukanya yang resah dan pakaiannya yg kusut, menyebabkan dabuk berfikir panjang dan berhasrat mendekatinya. Dabuk menghulurkan tangan dan mengucapkan salam. Oleh kerana tidak banyak yg dpt diperkatakan, maka dabuk pun berlalu. Namun pemuda itu kemudian menyonsong dan berbual kechil. Dia bersasal dari ipoh dan barumemeluk agama suci, Kini dibuang oleh keluarga. Beliau baru mendapat pekerjaan di sogo sebagai jurujual tetapi tidak punya wang untuk membeli baju putih dan seluar hitam sebagai pakaian kerja. Berasakan pertemuan itu memang diatur oleh tuhan, isteri dabuk yg mendapat berita itu pun mengeluarkan zakat untuk pemuda itu yg sangat terperanjat dan tidak menyangka sama sekali pada kejadian itu. Setelah beberapa kali berhubung bagi bertanyakan khabar, akhirnya no telefon saudara itu hilang dari simpanan. Cuma ada sekali ketika bertarawikh di masjid assyakirin, dabuk tersepa dgn sahabatnya itu yg telah kelihatan lebih aman dan nyaman. Mudah2an Allah menjaga iman sekalian kita, sebagaimana pesan dabuk kepada saudaranya itu.." peganglah agama ini kuat2 wahai saudaraku...Wallahualam.

Thursday, September 5, 2013

Untold story of Kg Krubong

Sudah sekian kali, Dak acip menegur malah memarahi kanak2 taman Kerubong supaya jangan bermain air di sungai krubong kerana di kawasan itu memang dalam. Namun teguran itu umpama mencurah air di daun Keladi sehinggalah: "21 Julai 2013 MELAKA - Empat rakan ditemui mati lemas ketika mencari lala di Sungai Melaka di Taman Seri Krubong, Krubong di sini hari ini." Kata beliau" bukan baru ni bebudak ni main air di situ . dah lama dan banyak kali ditegur. Bila ditegur, mereka pergi, kemudian datang lagi." Namun semuanya ini sudah ketentuan Allah jua. Wallahualam

Friday, August 30, 2013

Untold Story at Kg Krubong

Tak semua orang mengenali arwah abang Alias pengusaha kedai makan pekan Alor gajah. Beliau memang mempunyai buah fikiran dan pengalaman hidup menarik yang ingin saya kongsikan. Lama benar beliau terlalu ingin mengkaji apakah itu rezeki yang sebenarnya?. Dari seorang sahabat yang arif kepada seorang sahabat yang arif, beliau cuba bertanya akan soalan yang sama sehinggalah akhirnya, seorang sahabatnya pun mangusulkan, . "Beginilah, tinggaakan semua wang dan dompet di sini, ambil kad pengenalan ini, pergilah kempbali ke pekan untuk mencari rezeki sehingga kamu mendapatnya. Insha Allah, kamu akan diberikan kefahaman oleh Allah". Dari sebuah meja ke sebuah meja beliau memohon sedikit bantuan, namun tidak dihiraukan sehinggalah beliau telah berputus harap. Sambil duduk bersendirian, maka terputuslah harapan beliau, dan berbisik di dalam hati, "Ya tuhan, aku hanya bertawakkal kepadamu, kalau ada rezekiku pada hari ini, kau berikanlah." Sejurus itu seorang hamba Allah yang tidak dikenali menghulurkan sepinggan makanan dan berlalu pergi. Dari riadhah rohani itu akhirnya beliau mendapat pelajaran yang rezeki itu diputuskan mutlak oleh Allah SWT. Wallahualam.

Sunday, March 31, 2013

Untold story of Kg kerubong

Malam semalam, dabuk berbual panjang di veranda rumah ibunya. cerita berkisar tentang Lokman cucu nek Temah yang hendak menyambung pelajaran ke Canada pada bulan 6 ini. Antara University yg ditawarkan Yayasan TNB adah Univ of western Ontario, yg terletak di bandar London berhampiran toronto dan Detroit Michigan. Lokman lebih berminat ke situ memandangkan yg lainnya terletak lebih ke utara yg semestinya sgt sejuk pada hujung musim salji. Dabuk menceritakan kisah sahabatnya Vamp, yang tak tahan sejuk berpatah balik dari pergi kuliah semasa di Iowa dulu. Pesannya ringkas pada lukman..jangan jadi macam tu tau.. Wallahualam.