Friday, January 25, 2013

untold story of kg krubong

Zaman Jepun di kampung Bachang berbeza dari kg2 lain kerana kg bachang adalah kg sawah padi. Jadi tiada orng yg terpaksa makan ubi kayu atau keledek. Tetapi masalahnya adalah jepun akan datang menyukat padi selepas dituai. Biasanya 10 atau 12 sumpit padi akan di ambil dan sebagai bayarannya diberinya pula 3 ela kain kasa siam yang kasau. Mahu tak mahu terpaksalah penduduk menyimpan padi dalam tin dan menanamnya di bawah rumah kerana jepun hanya meninggalkan sikit saja beras untuk dimakan oleh tuan punya sawah. sekitar tahun 45 bila askar punjab berlori-lori lalu dari batu berendam, kanak2 semua keluar dan melambai2" hello joe" sebagai gesture kawan, Askar pulak mencampak coklat kepada kanak. walaqupun jambatan batu berendam dibom jepun, tentera berikat masih jugak dtg menyerang berduyun2. Waktu malam, penduduk akan menjerit, padam api. kerana takut rumah dibom kapalterbang. akhirnya jepunkalah. Sejurus jepun menyerah, datang pula berlori2 bintamg 3 mengganas di kampung. Semua anak2 dara dikumpulkan penduduk kat rumah arwah nenek siah yang sekarang adalah rumah arwah pak itam salim. Di sana orang lelaki berkawal. Bintang 3 mengopek rumah kasim gelap (dekat2 rumah cikgu kadir) untuk membalas dendam perbuatan beliau menjadi mata2 gelap jepun. Kata bintang 3 kalau dia dapat dia akan tanam hidup2 kerana jepun pernah menanam kawannya idup2.bintang 3 tu terlepas dari jepun dulu dgn menyorok dlm tempayan. Nasib baik beliau sekeluarga berjaya melarikan diri. Wallahualam.

3 comments:

It is the matter of heart. said...

Saya cdgkan tuan baca novel 1511 tulisan faisal tehrani(lupakan sekejap polemik ttg ideologi faisal).dlm 1511,kita akan melungsuri keberanian Nyemah Mulya ketika perang.
Azizah

hadi said...

Amazing! Satu cerita lama yg tak pernah diceritakan oleh org tua saya....padahal saya pun anak jati Kg Bachang.malahan nama2 yg disebut juga adalah kaum kerabat saya seperti Pak Itam Salim.beliau adalah adik kepada nenek saya, Hjh Jaliah.begitu juga dgn Cikgu Kadir, adalah adik kepada ibu saya, Hjh Rabiah @ Rafeah.
Tahniah diucapkan kepada admin yg sudi berkongsi pengalaman dan kisah yg berlaku di Kg Bachang. Semoga terus maju jaya!

sajak sufi said...

Salam saudara Hadi, kalau begitu kamu adalah 2 pupu saya kerana
hajah Jaliah adalah adik kpd arwah nenek saya Nek Salme.