Wednesday, January 27, 2010

Untold Story of Kg Krubong

Sekitar tahun 1979, azan suboh di masjid krubong biasanya dibawakan oleh Arwah Pak Long Wahid yang mengusahakan kedai kopi berhampiran. Pada hari itu, beliau begitu terkejut kerana pada hari itu beliau dikunjungi seorang kanak2 sebagai makmumnya.

Beliau begitu terharu melihatkan kanak2 yang masih lagi termengah-mengah kerana berlari dari rumahnya yang jauh ke masjid untuk menjadi jemaahnya. Beliau mengalirkan air mata. Pada anak kecil dinyatakan syukurnya kepada tuhan yang memberikannya satu2nya makmum pada pagi itu.

Beliau membelanjakan anak kecil roti canai dan teh dari kedainya dan bermulalah perhubungan antara imam tua dan makmum kecil yang beristiqamah di subuh2 masjid kg Krubong. Wallahualam...

2 comments:

darkthrone said...

thx..sudi gak saudara ni flashback cite arwah datuk saya(Wahid bin Baba)..sy mcm nak nangis je bila teringat kembali zaman kanak2 sy semasa menetap di kg krubong dulu..
nostalgik gilerr!!!
mmg untold story pun....underrated story pun mcm ye jgk..

sajak sufi said...

Salam darkthrone,
Mmg arwah salah seoprang dari ahli masjid krubong. Sungguh berpengetahuan dan tak lokek pula untuk mengajar serba sedikit ilmu dan pegalaman agama beliau dari singapura..T kasih kerana sudi singgah ke halaman saya..