Saturday, December 13, 2014
Untold story of kg krubong
Di sekitar tahun 1982, ketika masih berada di tingkatan 1 Biru sek tinggi melaka, saya mempunyai seorang kawan bernama Zairul Rizal. Dia berbadan sangat tegap dan bercita-cita ingin menjadi sprinter MHS. Idolanya adalah pelari pecut dunia ketika itu, iaitu Carl Lewis. Ayah beliau adalah seorang Renjer RAMD yang bertugas di kem Sg Udang Melaka.
Antara cerita yg sering beliau ulang2kan ialah renjerlah yg paling berani kerana merekalah barisan paling hadapan menetang komunis pada masa itu. Beliau sangat minat pada pesawat caribou TUDM.Beliau menceritakan pengalaman mereka berpindah ke pengkalan RAMD sarawak dgn menaiki pesawat caribou. Pesawat ni tak ada tempat dudek cuma ada jaring.
maka kelam kabutlah kanak2 yand masih kecil seperti beliau mengharungi perjalanan itu. Bagi saya pulak pesawat caribou ni mmg hari2 melintas di langit kg kerubong dan mendarat di padang batu berendam. dah lak tu.. tiap- tiap tahun saya dan kawan2 akan ke bt berendam menonton pertandingan payung terjun ASEAN. Asyik tengadah tengok pesawat DeHavilland ni ajer....Wallahualam.
Friday, September 5, 2014
Untold story of kg krubong
Friday, August 1, 2014
Untold story of kg Krubong
Wednesday, July 16, 2014
Untold story of kg krubong
Yang manakah yang anda lebih percaya sebagai asal-usul nama kg krubong adakah buah kecubong ataupun burung lang krubong.? Sama-sama kita saksikan gambar di bawah:

Rasanya buah kecubong lebih banyak kat kg ni. Burung lang putih ni tak pernah nampak. kalau lang lebah atau lang singkap atau lang merah tu biasa ler nampak. Wallahualam.


Wednesday, June 18, 2014
Untold story of Kg Krubong
Sunday, May 4, 2014
Untold story of kampung krubong
Lencana SK Krubong ini mula digunakan pada tahun 1978 iaitu ketika saya berada di darjah 3. Ianya di reka oleh cikgu Mokhtar, iatu cikgu matapelajaran lukisan pada ketika itu.Pada ketika itu lencana ini dijual RM0.30 satu dan warna kuning tersebut pada asalnya adalah warna oren. Lencana logam itu di jual oleh cikgu Sarip, guru mata pelajaran b Inggeris ketika itu dab disimpan di dalam almari jualan barangan alatulis di tingkat satu sekolah baru.
Arwah cikgu Bakar pula berjasa memberi nama rumah2 sukan sekolah pada tahun 1980. Mungkin nama tersebut kekal hingga kini sebagai, Garuda berwarna biru, Rajawali, merah, jelatik kuning dan cenderwasih hijau...Wallahualam
Untold story of Kg Krubong
Mungkin ramai yang tertanya2 dari mana asalnya nama kampung kerubong. Dari apa yang pernah diceritakan oleh orang tua2 kampung semasa kami kecil, terdapat dua cerita yang paling popular yang sering mengaitkan asal nama krubong.
Cerita yang pertama yang diberitahu oleh arwah nek kayah, di kerubung terutama di sekitar belukar gelam, terdapat banyak pokok kecubong. Oleh kerana Kerubong sendiri di teroka oleh pengambil kayu gelam untuk dijadikan arang dan dijual di pasar, maka kampung kerubong pun mendapat namanya.
Cerita yang kedua pula diceritakan oleh nek siah moyang arwah kadir, Di kerubong dulu terdapat banyak burung helang. antaranya burung helang singkap, dan yang hebat sekali adalah burung helang putih yang lebih di kenali sebagai helang kerubong. Dan kerubong pun diberi nama oleh peneroka kampung sempena helang tersebut.
Wallahualam
Subscribe to:
Posts (Atom)